Salam semua...
Sangat lama saya tak mengupdate blog ini. Kekangan masa dan rutin yg berubah sentiasa menghalang saya untuk terus mengupdate(alasan...).
Alhamdulillah saya masih lagi diberi kesempatan untuk terus berada di bumi Allah yg indah ini.
Alhamdulillah dan tahniah kpd diri sendiri dan rakan-rakan kerana berjaya mengharungi semester lepas... Bagi saya ia merupakan sem yang sangat mencabar dan menguji ketahanan fizikal dan mental...
Dalam diam saya bakal menjejakkan kaki ke semester baru yang akan menobatkan diri ini sebagai pelajar tahun akhir. Bila melihat senior-senior yang mengrade-kan diri. Rasa cuak datang bertandang... Apakah cabaran yang menanti ku di luar sana. Sedangkan cabaran sebagai seorang pelajar kadang-kadang membuatkan diri ini rase seperti ingin menyerah diri ( -_-)...
Namun berkat bersangka baik pada Allah. ku masih lagi mampu berdiri. Jika dilihat dari sudut positif segala rintangan dan cabaran ini merupakan pengalaman berharga kerana tidak semua merasainya...
Ia juga mampu mematangkan diri bagi mereka yang berfikir dan mengambil iktibar darinya. Sebagai manusia kita memang tidak dapat lari dari menghadapi tekanan. Namun tekanan mampu menjadikan kita seorang yang luar biasa jika kita mampu merubah dan melihat tekanan tersebut dari perspektif berbeza. Jika kita melihat tekanan itu dari sudut positif tekanan tersebut mampu menjadi peluang keemasan bagi kita. Namun, jika melihat tekanan tersebut dari sudut negatif ia hanya akan menjadi beban dalam fikiran dan tidak mampu menghasilkan apa-apa selain merosakkan diri sahaja.


"Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"
(^_^)v