Sunday, July 31, 2011

Ke Kanan Atau Ke Kiri?

Peraturan alam yang Allah cipta memang sangat adil. Siapa yang kata hidup mereka tiada pilihan?? Hidup adalah suatu pilihan. Malahan andainya tinggal satu pilihan pun kita masih lagi boleh memilih untuk menerima atau menolaknya. Dan yang pasti, setiap pilihan ada kesannya sama ada baik atau buruk. Itu juga berdasarkan pilihan individu itu sendiri.

Salam Ramadhan buat pembaca. Bijak dalam membuat pilihan sama ada ingin hidup bahagia dan gembira dengan nikmat dan keseronokan dunia atau berbahagia dan menikamati Syurga yang telah Allah janjikan.

Selamat menempuh madrasah ramadhan.

Monday, July 18, 2011

Kesilapan yang bernilai ratusan...

Harini kesilapan ku bernilai hampir seribu ringgit... Walaupun pening kepala memikirkannya... Namun selepas kekalutan itu aku rasa sedikit lega... Walaupun gajiku bulan ini bakal melayang seluruhnya... Aku pasrah dan redha... Kerana kesilapan yang berharga mahal itu menjadikan aku manusia yang lebih peka dan berwaspada... Allah pasti menurunkan ujian ini bersebab... Supaya aku menjadi orang yang lebih pantas berfikir dan bijak bertindak... Be positive! Allah kan ada! ^_^