Monday, May 23, 2011

Homesick

Macam tak fahamkan. Da nk balik pn homesick. Tp ni mmg fakta. Makin dekat waktu nak balik ni rase macam tiap- tiap ari homesick. Tak paham tak paham. Waktu sekarang ni pertengahan musim bungga tp cuaca kalo panas tu sgt panas. Orang kt cni kate panas mcm musim panas. Suhu masih lg di bawah 20°c tp keterikan matahari yg buat rase x selesa. Org2 cni da mula pakai baju pendek n kadang2 ade yg x pakai baju. Xtaw la mcmne dierg bley brjn xberbaju. Lg2 kalo masa angin kuat. Cuma mmg penat ckit skg ni sbb waktu malam sekejap. Pukul 9 baru magrib dan pukul 5 da cerah.

Friday, May 20, 2011

Title: undefind...

Talking to myself...

Sunday, May 8, 2011

Letakkan bebanan anda seketika...


Seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya

“Anda semua teka berapa berat segelas air ini?”

Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.

” Sebenarnya, jawapan anda ada yang betul tapi apa yang hendak saya sampaikan hari ni ialah bukan masalah berat kandungannya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya.

Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat”.

“Jika kita membawa beban kita secara berterusan, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya”.

“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, rehat sekejap sebelum mengangkatnya lagi”.

Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok.

Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkannya sekejap jika boleh. Setelah berehat nanti boleh diambil lagi……

Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!!

Perkara terindah dan terbaik di dunia ini tidak dapat dilihat, atau disentuh, tapi hanya dapat dirasakan jauh di dalam hati anda.

credit for:http://www.blogger.com/img/blank.gif
image: google

Sunday, May 1, 2011

Abundances

Alhamdulillah... setiap adalah rahmat Allah kerana masih memberikan kesempatan untuk terus hidup di muka bumi. Kalau difikir-fikirkan kembali akan perjalan hidup ni. nikmat yang Allah berikan sangat banyak. Cuma hakikat manusia itu sering lupa memang tak dapat dinafikan. Manusia sering lupa untuk mengucapakan syukur kepada Allah atas nikmat yang telah diberikan. Jum mari sama2 kite bersyukur setiap hari selagi nyawa dikandung badan...

Nak kongsi sikit gambar-gambar memburu kenduri kawin diraja...(xde la excited sgt tp ikut org je... hehehe... but not bad... pengalaman hehe sambil melihat ke"gila"an manusia)

belakang ni adelah sebahagian daripada bangunan gereja Abbey tempat kawen dierg. Tp sbnrnye nk tunjuk orang ramai yg teruja dgn kenduri ni.heh... kenduri bayar sendiri.hihi

menurut kate kwn yg bwk ni. Ini merupakan gereja tempat lady diana kawen dulu. Rasenye parti dierg buat kt cni sbbb da cantik dihias dgn bunga dn khemah besar.

ini pula gambar dari dpn gereja Abbey


Bersama kawan-kawan baru di Hyde Park. Tgk "big screen" je...

Masa kami baru sampai mencari tempat paling strategik... tp akhirnye terpaksa berdiri gak sbb org yg dtg lambat, tanpa rase bersalah menghalang pandangan kami... huhuhu...

Mata London pada waktu senja...

Berlatar belakang kedai cenderahati Gereja Abbey...