Salam semua, Alhamndulillah petang tadi telah selamat majlis kenduri doa selamat dan tahalil. Sewaktu majlis berlangsung dan doa dari pengurusi majlis bergema. "... Ya Allah kau permudahkan urusan si polan bin/binti si polan di dalam kubur..." Tiba-tiba hati saya tertanya-tanya, Adakah majlis tahalil untuk orang yang sudah meninggal ataupun sebagai peringatan kepada orang-orang yang masih hidup???
Tahalil bagi saya lebih kepada peringatan kepada yang masih hidup. Bertapa hidup ini sangat singkat, bertahun-tahun di dunia hanya beberapa minit sahaja di akhirat. Dunia ini hanyalah perjalanan pasti yang berdestinasi akhirat. Oleh itu, pesanan kepada semua dan diri sendiri. Manfaatkn setiap saat di dunia ini dengan beramanah dan berbuat baik kepada semua mahkluk. Setiap objektif dunia ini berlandaskan kebahagiaan di akhirat yang kekal. Moga Allah bersama kita dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan. Amin (^_^)v