Lamanye dah tinggalkan blog ni. Masa sangat cepat berlalu. Cuti sem pun dah bermula. Sepanjang cuti yang dah nak habis seminggu ni, dihabiskan dengan layan cite korea (sungguh lahgo...) dan Alahamdulillah berjaya tamatkan buku kisah Sultan Muhammad Al-Fateh yang sangat memotivasikan dan penuh kekaguman. Dalam usia yang sangat muda baginda dapat menakluki kota konstantine yang sebelumnya pernah cuba ditawan oleh pemimpin-pemimpin Islam yang terdahulu. Buku yang sangat bagus untuk dibaca dan dihayati isi kandungannya.
kata-kata yang paling terkesan;
Sabda Nabi Muhammad (SAW):"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya SIFAT BAKHIL dan BANYAK BERANGAN-ANGAN" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sama-samalah kita renungkan hadis ini. Jumpa Lagi (^_^)
No comments:
Post a Comment