Showing posts with label sesaje. Show all posts
Showing posts with label sesaje. Show all posts

Friday, January 14, 2011

14 jam/14 hours

Perjalanan kuala lumpur-london mmg sgt mencabar buat org yg hanya sekali penah naik kapal terbang. Alhamdulillah penah merasa tak taw la mcm mane org yg first time naik kapal terbang dah kene rasai 14 jam tersebut.

Pesawat AirAsia yg kami tempah berlepas dari lcct jam 3 ptg. Pesawat tu mcm bese la, bkn pesawat mewah sbb tiket tambang murah. Bersyukur sbb selamat sampai. Saat bersalaman dgn ibu dan angah kt lcct rase mcm mimpi. Fikiran sgt kosong, dalam hati asik tertanya-tanya. "Betul ke ape yg ak buat skg ni? Betul ke nk g uk sorg2 dn duduk dgn org yg hanya 2 kali jumpe? Da la xpenah kenal dan bersua muka dgn anak2 kakak ni. Tp sebab ade k.arika kot, sume tu mcm angin je.

Penah gak terbayang mase duk dlm pesawat tu nt mesti nagis teresak- esak sbb tinggalkn family. Ternyata tak berlaku. 14 jam tu penuh dgn andaian dan teka-teki apa yg bakal berlaku nanti. Bila da penat pikir last-last tgk luar tingkap je la. Sy duk tempat duduk tepi sbb senang akak nk kuar masuk uruskan baby. Mula-mula tiga kerusi tu penuh dgn penghuni. Selain sy dan kakak ialah seorg pak cik kulit putih. Disebabkn keperihatinan beliau terhadap keselesaan kanak-kanak. Beliau beralih tempat utk bagi lebih ruang. Indahnye akhlaq beliau, syg beliau bkn beragama Islam sy agk.

Dari tingkap kecil tu byk kebesaran Allah yg boleh dilihat. Mula-mula nampak laut, hijau kebirubiruan. Lepas tu nampak kawasan pergunungan yg diliputi salji. Sayangnye dgn kamera hannfone yg berresolusi rendah tak mampu di abdikan utk tatapan bersama. Hanya akal anugerah Allah ini yg mampu merakam.lps tu melihat bandar-bandar yg bergemerlapan di malam hari. Kurang pasti bandar ape sbb merentas benua. Dari sekecil bandar sehingga bandar besar. Sempat snap 1 kawasan je sbb kawasan tersebut agak besar dan terang.

Hampir dua tiga jam selepas makanan dihidang perut lapar kembali. Alhamdulillah bekalan nasi berlauk asam pedas ikan pari yg ibu bekalkan lepas dari kene buang masa pemeriksaan keselamatan di lcct td. Tp air masak terpaksa dibuang sbb da tertampal arahan. Sy paham bahasa, cume lauk je tak sampai hati nak buang. Maka, dapat la bersantap makanan yg sedap. Makanan yg dierg jual, mmg masakan alakadar je. Sabar je la.

Kemudian sisa jam hanya dihabiskan dgn main dgn farah atau tido.

Pesawat mendarat di lapangan terbang stansted jam 9 malam waktu england atau 4 pagi waktu malaysia. Sewaktu pesawat tengah pusing waktu mendarat, terasa simbahan cahaya dari bumi england menyapa mata. Suubhanallah sungguh indah. Mungkin kali terakhir melihatnye. Bkn ape lps ni mungkin sampai waktu siang. Hihihi ^_^